Friday, June 1, 2012

The way back home.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama dan selamanya, puja dan puji hanya pada Allah Yang Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga serta para sahabat.

The way back home. .

From Sharjah - Dubai - Qatar - Kuala Lumpur.

. .and the rest of story is. .


31 Mei 2012 - 2 pagi (waktu UAE), kami bertolak dari UOS (Universtity of Sharjah)  ke Dubai International Airport. Kami dihantar oleh driver bus UOS. Driver bus ini amatlah kasar. Punggah barang. Habis patah handler bagasi kak Aisyah. Belum jalan lagi tu. Sabo jelah. 

Then, masuk kapal. Beg susun kat atas. Pakai seat belt. Ok,get ready untuk berlepas. Tiba-tiba, dengar announcement. Flight delay 40 minit. What? Ok, kenapa tak bagitau before masuk kapal kan? Sangatlah bosan menunggu dalam kapal. Nasib baik, time tu, mengantuk sangat sebab tak tidur semalaman dari Sharjah. So, qada tidur. 

Bangun pun masa pramugari datang bagi sandwich+spinach untuk breakfast. "Jalan sua (suda) kita?" Time ini, saya mamai kot. Cik Fadh, kawan dari Kunak ini menggeleng. "Belum lagi. Flight delay lagi. 2 jam." "Hah? delay lagi." Saya bagi sandiwch+spinach tu kat cik Fadh. Suruh dia habiskan. Then, saya tutup mata semula. :)

7.45 pagi (waktu Qatar), kami tiba di Qatar International Airport. Kami kena transit sejam before heading to KL. Dengan tangan yang penuh dengan beg, saya, cik fadh, kak aisyah dan kak su berlari menuju ke Gate 33. Yelah, 7.55 pagi dah nak berlepas ke KL. Ya Allah, jauhnya gate 33 tu. Tingkat 2 and yang paling hujung. Sampai di Gate 33 untuk check in. 

Pramugari yang cantik itu bagitau, "Sorry. You cannot fly now. You have to wait the next flight. Go to Transfer counter. Tell them." "What?" Masa ini, ya Allah. .tak tau nak cakap apa. Blur.

"But now final call, right? I think, we can get in.." Masa ni, tak kisahlah English tunggang langgang. 7.50 am, masa ini memang final call untuk flight ke KL. Dan saya rasa kami sempat lagi masuk sebab 7.55 am masa untuk kapal berlepas. Ada 5 minit lagi.

"Yes. Now is final call but your bags still inside. And, it takes a time to move it. (Ok, 2 beg kami memang dalam kapal. Tapi, takkan tak boleh tunggu kan? Consider la sikit? Sebab, bukan kami yang sengaja mendelaykan? Huhu. Masa ni, nak marah pun, em..takde gunanya. Pramugari yang jaga kaunter tu tak salah.

Dengan nada pasrah, "When the next flight?"

And she replied: "Maybe, tonight. Go to transfer counter now." 

*** dalam hati. "Tonight? what the. ."  em....

Dengan langkah yang dipercepatkan, saya dan cik fadh ke kaunter Transfer. Gila ah, memang ramai orang yang misconnection tiket ini. Panjang beno que dia. Huhu. Rupa-rupanya, ramai kami yang terlepas flight ke KL untuk penerbangan 7.55 pagi. 20 orang macam tulah. Then, seorang bro kaunter bawa kami masuk ke Lounge. Lounge menunggu itu penuh dengan makanan dan minuman. Bro itu suruh kami rehat-rehat dulu, makan, minum sementara pihak pengurusan carikan time to flight untuk kami. Cik fadh cakap, "Em, cara dorang untuk menggembirakan orang missed flight kan?" Saya mengangguk. "Ya kali."

Time ni dah hilang mood. Stress. Serabut. Penat. Sebab:

1. Berbekalkan duit yang sikit. "Macam mana kalo da apa-apa?" 
2. First time terlepas flight. *itupun bukan sebab kami ye. Sebab delay di Dubai 2 jam.
3. Kemungkinan besar, bas agensi travel yang pihak Universiti sediakan akan menyambut ketibaan kami pada pukul 8.40 malam (waktu malaysia). Bayangkan kalau dia tunggu, kami tak datang?
4. Family yang sedang menunggu berita ketibaan kami pada pukul 8.40 malam.
5. Tiada Riyal (Duit Qatar) untuk membeli simkad baru. 
6. Status flight yang tidak diketahui.

Alhamdulillah, nasib baiklah ada Facebook. Itupun, mengambil masa 10 minit untuk menunggu mereka yang hendak dihubungi itu online. (Time ini, FB amatlah berguna dalam hal-hal kecemasan macam ini). Thanks FB. Hehe.

Hampir 2 jam menunggu, bro kaunter datang dan memaklumkan penerbangan kami yang seterusnya. Flight kami yang seterusnya pada pukul 8.00 malam. Maknanya, kami kena tunggu 11 jam di Qatar. Sementara menunggu flight, kami dibawa ke Hotel Retaj Al-Rayyan, Doha. Perghh. Hotel 5 bintang dowh.

     1. Rooms (No. 109, no 110).
     2. Breakfast.
     3. Lunch. 
* All of these are FREE.

Rupa-rupanya, hotel itu disediakan untuk orang yang terlepas flight. Hehe. Maybe, sign for apologozie coz of the misconnection flight. Isn't it? ^^ Ok. Perasaan masa itu .. sangatlah bahagia. Dengan biliknya yang class, makanan yang superb. Kalo hari-hari flight terlepas pun xapa. .ngeh ngeh.

Sementara menunggu flight pukul 8 malam, dia yang selesa kami panggil Ummi datang ambik dari hotel. Kenalan cik fadh di FB yang tinggal di Qatar. Dalam masa yang amat singkat, Ummi bawa kami jalan-jalan ke The Pearl. Cantik. Ala-ala The Jumeirah Palm macam di Dubai. Subhanallah, cantik. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Doha, Qatar. . ya ALLAH, cantiknya percaturan yang telah Engkau susun untuk kami. Inilah hikmahnya terlepas flight. :)

Tepat pukul 8 malam (waktu Qatar), kami meninggalkan bumi Doha, Qatar ke KL. Tempoh perjalanan lebih kurang 8 jam dari Qatar ke Malaysia. Alhamdulillah, tiba di KLIA tepat pukul 9 pagi (waktu Malaysia). Keluarga kak aisyah dan kak su dah menunggu. Tinggal saya dan cik fadh aje yang keluarga tak datang. Tak apa, tumpang family kak aisyah dan kak su pun dah cukup. Alhamdulillah, pakcik bas agensi travel pun dah datang nak ambik saya dan cik fadh. So, sampai di bumi UM, lebih kurang pukul 10 setengah pagi. 

So, inilah ceritanya. .the way back home. (Itupun, saya dan cik fadh belum tiba di Negeri di Bawah Bayu lagi. A real home). ^^



____________
p/s: Berhajat nak sambung belajar di university idaman. University of Edinburgh, UK. Doakan. ^^


Mastinah, 
5th Residential College, University of Malaya,
020612, 8.40 am.

Wednesday, May 30, 2012

Fii Amanillah, UAE.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puja dan puji hanya pada Allah Subhana Wa Ta'ala. Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan. keluarga serta para sahabat. 


Passenger Name
MASTINAH, BUNTUNGMS

31 May 2012
Qatar Airways.

   Depart: Dubai Intl Arpt (DXB), Terminal 1, 05.50 am.
   Arrive: Doha International Arpt (DOH), 05.50 am.

Qatar Airways.

   Depart: Doha International Arpt (DOH), 08.05 am.
   Arrive: Kuala Lumpur International (KUL), Terminal M, 20.45 pm.

Status: Confirmed


Pejam celik. Pejam celik. 31 Mei 2012. Tiba masa tinggalkan bumi Sharjah, United Arabic Emirates (UAE).

4 bulan 7 hari = 151 hari stay di UOS, UAE.

Allah, sedihnya nak tinggalkan tempat ini.

Em. .

Fii Amanillah, UAE. Insya Allah, ada umur yang panjang, saya datang lagi.

Maybe, kembali untuk Master (Insya Allah). or Honeymoon..hehe. Siapa taukan?


Kata Dr Abdul Hak Hamiche.

 "Tinggalkan separuh hati kamu di sini. Nanti, datanglah semula. Ambil separuh hati kamu."


"Dr, saya tinggalkan semua hati saya di sini, boleh?"


Mastinah,
UOS, UAE,
310512, 12.05 am.

~ Nota ini. . nota terakhir sebelum meninggalkan UAE.

Wednesday, May 9, 2012

Be Strong.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puja dan puji hanya pada Allah Yang Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan, keluarga serta para sahabat. 

Be strong.


Make du'a. 

Try your BEST.

Leave the REST. To HIM.

Please, be strong. 




Mastinah,
UOS,UAE
100512, 12.04am.

Thursday, April 19, 2012

Batch 2008/2010 APIUMNP, Kelantan

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh. Pertama dan selamanya dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan.

Ini barisan majmuah batch 08/10 APIUMNP, Kelantan.

Start dari majmuah 1 hinggalah majmuah 8.
-Majmuah 1

-Majmuah 2


-Majmuah 3

-Majmuah 4

-Majmuah 5

-Majmuah 6

-Majmuah 7

-Majmuah 8

Renungan buat sahabatS,

Daripada Nu'man bin Basyir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur." (Riwayat Muslim).

Untuk sahabatS saya yang amat dikasihi, terima kasih untuk segalanya.

Doakan kejayaan bersama.

Insya Allah, jumpa lagi.


Mastinah,
UOS, UAE
200412, 1.45 am

,

Monday, April 16, 2012

Dubai Desert Safari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puja dan Puji hanya pada Allah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga serta para sahabat.

130412, Dubai Desert Safari bersama 5 orang exchange students dari Jepun. Kami diambil oleh van Syarikat North Tours. Perjalanan dari UOS ke Desert Safari ini mengambil masa 45 minit. Masa on the way ke sana, kami nyaris-nyaris accident. Van yang membawa kami nyaris-nyaris merempuh lori. Uncle Driver confuse kot sebab ada kereta di tepi kiri nak take over jalan. So, dia break secara mengejut. Alhamdulillah, Allah masih bagi pinjamkan nikmat kehidupan pada kami. Alhamdulillah, syukur. :)

Tengok video kat bawah ni. Macam nilah Uncle Driver bawa kami guna Toyota di padang pasir. Seronok. Ekstrem. Anak tekak nak terkeluar kot sebab banyak teriak. Hehe. Student Jepun yang sama kereta dengan kami pun kata, "wow, nice."...BEST!!!!!



p/s: sila pause my background song before watch this video.


- singgah kat kedai cenderamata before meneruskan perjalanan ke desert safari


- students jepun.

Then, paling BEST. Naik unta. Hehe

- Unta ini nama dia shila. banyak lagilah kawan2 dia. Ada nama Shah Rukh Khan, Salman Khan. Hehe. Suma nama glamer. Cik Shila ini unta yang saya naik. Bulu mata dia, gila panjang. Hehe.

Pakej North Tours =AED120/per

1. Pergi dan balik. Dijemput dan dihantar dari rumah.
2. 4x4 wheel car dubai desert safari.
3. Belly dance show.
4. Tanura dance show.
5. Makan dan minum sampai kenyang.

Berbaloi....


Mastinah,
UOS,UAE
170412, 11.47pm



Friday, April 13, 2012

MAJMUAH 1 08/10, APIUMNP KELANTAN.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama dan selamanya dipanjatkan segala kesyukuran kepada ALLAH Yang Maha Pengasih. Selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga Baginda serta para sahabat.

X-classmate masa mengaji di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri Kelantan dulu. Batch 2008/2010 dalam Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin.

image by Edham dan fariz


Lepas melalui ujian Bahasa Arab bagi pemilihan majmuah dengan sahabat-sahabat lain, alhamdulillah. Akhirnya, kita dipertemukan di Majmuah 1. Majmuah 1 08/10.

Mengimbau pertemuan pertama dahulu...masya Allah, indahnya. Malu-malu apabila disuruh memperkenalkan diri dengan rakan sekelas. Adat bertemu, mestilah bertaaruf kan? Itulah prosedur sebuah perkenalan.

Inilah kami akhawat dan ikhwah M1.

1. Muhammad Noor Hussin - Seremban, Negeri Sembilan.
2. Muhammad Nor Edham Bugal - Miri, Sarawak.
3. Nik Ahmad Farhan Nik Muhammad - Tanah Merah, Kelantan.
4. Azuhan Fauzi - Tumpat, Kelantan.
5. Ali Hashim Jaafar - Limbang, Sarawak.
6. Ahmad Zaki Ahmad Haris - Sabak Bernam, Selangor.
7. Mohammad Rizal Aidey Ramli - Papar, Sabah.
8. Mohd Fariz Asbi - Keningau Sabah.
9. Awang Shahrulnizam - Limbang, Sarawak.
10. Muhammad Abdullah Azmi - (pindah ke UITM).

11. Zuraida Salleh - Rantau Panjang, Kelantan.
12. Nur Syazwana Zakaria - Pangkalan Kubor, Kelantan.
13. Engku Hanan Engku Muhamad - Kok Lanas, Kelantan.
14. Nadiah Zulkiflee - Besut, Terengganu.
15. Siti Zulaikha Hamdzah - Jitra, Kedah.
16. Siti Khadijah - Kuala Nerang, Kedah.
17. Nur Syibrah Hanani Sobri - Alor Setar, Kedah.
18. Sirathal Firdaus Muhamad Rani - Alor Setar, Kedah.
19. Syazwani Syafi'e - Limbang, Sarawak.
20. Nor Hayati Husin - Limbang, Sarawak.
21. Laila Hotoh - Kota Kinabalu, Sabah.
22. Nur Atikah Miasan - Semporna, Sabah.
23. Nurshaillah Rizzana Amarisner - Kudat, Sabah.
24. Norfadilah Amir - Kunak, Sabah.
25. Faziah Rasidan - Semporna, Sabah.
26. Nur Adilah Dzulkarnain - Tawau, Sabah.
27. Nurfarehah Matsin - Papar, Sabah.
28. Mastinah Buntung - Keningau, Sabah.
29. Nurul Afida Zainal Abidin - Miri, Sarawak.
30. Siti Haslina Abdul Rahman - Tanah Merah, Kelantan.
31. Siti Hajar Mazlan - Kuching, Sarawak.

2 tahun kita di NP, macam -macam yang kita lalui kan sahabatS?

Kritikan.

Pujian.

Semuanya kita telan.

"Majmuah 1 skema. Sombong." Ok, kita terima kritikan ini dengan senyuman. Hehe.

"Yang dapat 4flat, bukannya majmuah 1. Selalunya majmuah belakang-belakang." Kita tak pernah pun cakap kita yang the best kan? Kita cuma cakap, ingin menjadi yang terbaik di antara yang terbaik kan? hehe.

Memang kita 'diam' tapi kita bukannya sombong.

Skema? Tak kan. M1 sempoi sebenarnya.


Program dan Pencapaian M1 08/10
1. EXCESS'10_ SMKA Wataniah, Machang Kelantan.
2. Juara Futsal Piala Pengetua (Lelaki).
3. Naib Juara Bola Tampar Piala Pengetua (Perempuan).
4. Anugerah Kelas Terbaik.
5. Hayati Husin (debater Arab ASEAN).
6. Edham & Fariz (Juara Badminton).
7. Fadilah Amir (Juri Khat).
8. Awang Shahrulnizam (Ustaz Sibaweh: mengajar adik-adik ilmu nahu).
9. Rizal ( Ketua HABIB= Himpunan Anak-Anak Borneo).
10. Farhan (Ketua HUKAMA' = Himpunan Anak-Anak Kelantan)
11. Ahli M1paling ramai dari pimpinan. MPP dan JTK (Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Tindakan Kolej), Persatuan Anak-Anak Negeri.
12. Johan Debat Bahasa Arab antara majmuah.


Bila masuk UMKL, kita berpisah menuju ke haluan masing-masing. Hakikatnya, kita dalam perjuangan yang sama. Memburu kejayaan untuk agama, bangsa dan negara.

Untuk sahabat saya, terima kasih untuk segalanya.

Doakan kejayaan bersama, ok.

Ada umur yang panjang, kita jumpa lagi.

Insya Allah.


Mastinah,
UOS, UAE.
130412, 1.40pm

Tuesday, April 10, 2012

Anugerah Bintang Paling Popular

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puja dan puji hanya pada Allah, Maha Segala-galanya. Selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga serta para sahabat.

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Qur'an (ABPPBQ)

Berikut merupakan beberapa Anugerah Bintang Paling Popular yang dipertandingkan untuk merebut ganjaran syurga. Antaranya ialah:

1. Anugerah Hamba Bertaqwa

2. Anugerah Hamba Paling Sabar

3. Anugerah Hamba Paling Ikhlas

4. Anugerah Hamba Paling Pemaaf

5. Anugerah Hamba Paling Menepati Janji

6. Anugerah Hamba Paling Cool

7. Anugerah Hamba Allah Yang Maha Pengasih

8. Anugerah Hamba Kekasih Sejati

9. Anugerah Hamba Hebat

10. Anugerah Hamba Pendakwah Setia

Adakah anda pemilik ABPPBQ?

Tahniah kepada calon-calon yang berjaya merangkul anugerah ini. Syabas. Silakan istiqamah.

Dan kepada calon-calon yang tidak menang ataupun belum menang, jangan berputus asa ok. Tingkatkan usaha.

Rujuk sini untuk keterangan lanjut.

Berikut merupakan tips untuk merangkul ABPPBQ pada masa yang akan datang.


Nak jadi bintang paling popular di sisi Allah, susahkan? Kita kena bersusah payah. Mujahadah.

Tapi, Allah itu Maha Kaya, bukan?

Minta pada Dia.

Tapi dengan syarat. Buat apa yang Dia suruh. Tinggal apa yang dia larang.

Selebihnya,

Serahkan pada Dia.

Insya Allah.



Rujukan : http://angelwearsgucci.blogspot.com/

Mastinah,
UOS, UAE
110412_1.24am

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...