Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Yang Memberi Nikmat Hidup. Selawat dan salam ke atas kekasih Allah, keluarga Baginda serta para sahabat.
24/02/2012 : Lunch di rumah Prof Datuk Dr. Rani & Dr. Nizam. Pukul 10 pagi, Dr. Rani ambil kami di depan gate hostel. Hehe.
~ makanan malaysia ni. lama kot tak makan ikan.
Dr. Rani pi solat jumaat. Kami lunch dengan isteri dia, Dr.Nizam. Sedap. Akhirnya, dapat makan makanan versi Malaysia.
Jom berkenalan dengan Dr. Rani dan Dr. Nizam.
Prof. Dato Dr. Rani Shamsuddin, Medical Director of the University Dental Hospital and Dean at the College Dentistry has been recognised as one of the co founders for the dentistry program at the university. Prof. Dato Dr. Rani who was the Dean of the Dentistry Faculty at the USM, Kelantan joined the Sharjah project in June 2006. sumber. Bukan calang-calang orang kan?
Manakala, Dr. Nizam pula graduated dari UM dalam Dentistry Faculty. Then, beliau bekerja sebagai lecturer di USM, Kelantan sebelum mengikut suami beliau untuk bekerja di University of Sharjah (UOS). Pasangan bahagia ini dikurniakan 3 orang cahaya mata. Semuanya perempuan. Anak sulung dah kahwin dan bekerja sebagai Doktor di Johor Bahru. Anak ke-2 pun bakal doktor juga. Manakala, yang bongsu sekarang ni buat A-Level di Sunway College.
-pic ni ambik kat rumah Dr. Lupa tanya, siapa kat sebelah Dr. cool aje kan dr ni?
~ ni Dr. Nizam & Dr. Rani
~saya jatuh chenta dengan bunga ni.
Sebelum masuk waktu solat Jumaat, Dr.Rani datang berbual-bual dengan kami. Soalan first dari Dr ialah: "Nanti dah abis belajar, kamu nak jadi apa?" Saya speechless bila dengar soalan ini. "Fadilah dan Mastinah ambik fiqh kan? Suhaibah dan Aishah bidang usuluddin kan? Nanti grad, nak jadi apa?" tanya beliau lagi.
Jawapan kami:
Fadilah dan mastinah: "Ingat nak sambung master." (aik, sama? serentak pula tu cakap). Hehe.
Suhaibah: "Nak jadi pensyarah."
Kak Aishah: "...."
Then, Dr talked, talked and talked. Setiap patah perkataan yang keluar dari Dr ni, jelas menggambarkan beliau seorang yang berilmu tinggi. Kata-kata beliau tersusun. Dan, amat berhati-hati ketika bercakap. Ini antara kata-kata beliau yang saya ingat.
1. Rancang target bila nak berhenti belajar dalam akademik. Maksudnya, kena tetapkan bila nak ambik master, phd dll. Yelah, belajar itu tak pernah habis kan?
2. Pastikan 10 tahun pertama kita kerja dgn kerajaan. 10 tahun kedua kita dalam mencari peluang. 10 tahun yang terakhir, orang mencari kita. So, kena rajin berusaha dan belajar.
3. Pastikan habis belajar dulu. Kalau boleh, masa muda sekarang buat PHD.
4. Kejarlah kekayaan supaya kekayaan itu boleh dikongsi dengan orang lain.
5. Banyak bergaul dengan masyarakat. Asal jumpa kawan baru, kena minta email. Nanti kerja, senang nak contact-contact.
6. Berjalanlah. Bermusafirlah ke tempat lain. Kamu akan dapati sebenarnya bumi Allah itu amat luas.
7. Mengkaji dalam bidang lain. Tak semestinya fiqh. Cthnya: ilmu psikologi, ilmu pengurusan dan perniagaan, ilmu sains politik. Kalau boleh, kena ada phd dlm bidang ini.
8. Luaskan pengaplikasian apa yang kita belajar.
9. Belajar banyak bahasa. Kuasai banyak bahasa. BI mantapkan lagi. Kalau boleh, belajar mengarang. Dr ni pun terer B. Arab sebab beliau pernah graduate di Iraq.
10. .........................(tak ingat dah). hehe.
Em, kata Dr lagi, "esok Pak Lah nak datang ke Dubai. Kami sambut Pak Lah esok. Nantilah, saya bagitau Pak Lah yang you all ada kat sini. You all ni Akademi Pengajian Islam kan? UM?"
Laju je kami berempat mengangguk-anggukan kepala.
"Nanti saya bagitau. Kot-kot, you all boleh jumpa dia. And, kalo ada apa-apa masalah, bagitau je."
Hehe. Happynya. ^_^
Nota hati untuk Dr. Rani and Dr. Nizam.
Terima kasih Dr atas pengalaman yang berharga ini. Terima kasih untuk lunch. Terima kasih untuk nasihat dan tips. Terima kasih untuk segalanya. ^_^
Terima kasih Ya Allah, pertemuan itu sesungguhnya Engkau Yang Aturkan.
mode: 1). Tunggu panggilan dari DR tentang Pak Lah. Kot-kot ada rezeki,boleh jumpa Pak Lah. Hehe
2). 27hb ni, ada pameran Asian's Food di Fakulti Perubatan. Nak pi....Insya Allah.
Mastinah,
University Sharjah, Sakan A (Hafsah binti Umar)_4A, UAE
25/2/2012, 10.51 pm






4 comments:
Asalam..
Wow! terliur ni..hebat pengalaman menakjubkan, semoga balik ke Sabah dgn genggam kejayaan.
nak tanya ni, ajarkan pcik macamana nak buka tu pengesahan dalam ulasan, ada 2 perkataan kena tulis kan, ada kawan blog komen ulasan di blog pcik susah nak publish pasal ada word ..pcik kurang arif ni..
kata2 nasihat doktor tu amat berhikmah, pcik baca semua. terima kasih.
wa'alaikumussalam. Terima kasih uncle. Uncle try masuk SETTING, then masuk COMMENTS. Situ ada dia tulis SHOW WORD VERIFICATION FOR WORDS? Situ ada YES and NO kan? Try buat NO.
Post a Comment